Thursday, March 23, 2017

Gambar Suzy & Lee Jong Suk Main Cinta Tersebar




Suzy dan Lee Jong Suk dikatakan bermain cinta di lokasi penggambaran drama terbaharu mereka.
GAMBAR pasangan pelakon Suzy dan Lee Jong Suk yang dilihat mesra ketika penggambaran drama bersiri terbaharu mereka tersebar luas di internet.
Allkpop melaporkan gambar itu berjaya dirakamkan oleh peminat yang kebetulan berada berhampiran lokasi penggambaran iaitu di sebuah kafe yang terletak di Gteonggi-do, Seoul.
Gambar yang dirakam peminat tersebar di internet.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gambar yang tersebar itu ketika mereka sedang berlakon salah satu babak dari drama itu atau pun tidak.
Drama berjudul While You Sleep itu mengisahkan mengenai seorang wanita yang mampu melihat masa depan menerusi mimpinya.
Ia dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: