Thursday, March 23, 2017

Idris Khan Bakal Berlakon Drama Terbitan Neflix



Idris Khan perluaskan empayar seninya. 
PETALING JAYA: Pelakon Idris Khan mendedahkan dia bakal berlakon dalam sebuah siri terbitan saluran Neflix yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Idris berkata, drama bersiri berkonsepkan epik itu bakal menjalani penggambaran sekitar Mei depan dan akan ditayangkan di seluruh dunia menerusi saluran perkhidmatan strim video terbesar itu.
"Alhamdulillah selepas tiga tahun saya bergiat aktif dalam bidang seni akhirnya saya dapat peluang berlakon dalam produksi luar negara.
"Walaupun hanya memegang watak pembantu tetapi saya kira itu sudah menjadi satu pencapaian besar untuk saya dalam menpertingkatkan karier lakonan ke peringkat antarabangsa," katanya.
Idris Khan
Tambah pelakon berusia 28 tahun ini lagi, penggambaran akan diadakan di Pinewood Studio di Johor dan beberapa lokasi di luar negara.
Bagaimanapun kata Idris, dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai projek itu kerana akan ada sidang media khas diadakan bagi mengumumkan tentang drama bersiri berkenaan.
"Tajuk drama bersiri atau barisan pelakon lain buat masa ini tidak dapat saya dedahkan tetapi ia turut melibatkan barisan pelakon dari Amerika Syarikat.
"Insya-Allah akan ada sidang media bagi mengumumkan tentang butiran lanjut drama bersiri itu," jelasnya. 
Sementara itu, Idris berkata, bagi memantapkan karier dia merancang untuk mengambil kursus pendek dalam bidang lakonan pada tahun hadapan di luar negara. 
Dia juga sedang mengintai kursus itu di London School of Arts, memandangkan dia mempunyai kenalan yang tinggal berdekatan pusat pengajian itu di London. 
"Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya ingin mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang lakonan di London sama ada tahun ini atau tahun hadapanm” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: