JABI - Seorang pengawal keselamatan berdepan detik cemas apabila nyaris lemas setelah mengalami sesak nafas ketika berada dalam perigi di rumahnya dekat Lorong Masjid Kampung Kerandang, di sini, petang kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa, Wan Ghazali Wan Jusoh, 47, sempat diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas menerima laporan.
Wan Ghazali berkata, dia turun ke dalam perigi yang berada di bahagian dapur rumah kira-kira jam 2.30 petang untuk membersihkan paip air yang tersumbat dan dasar perigi tersebut.
“Selepas lebih sejam berada di dalam perigi tersebut, saya berasa sukar bernafas diikuti sakit kepala yang amat sangat.
"Saya jerit beritahu anak yang berada berhampiran dan minta dia beritahu isteri saya," katanya.
Menurutnya, isterinya yang datang selepas itu terkejut dengan apa yang berlaku dan segera menghubungi bomba kira-kira jam 4.01 petang.
"Tak lama kemudian bomba datang dan hulurkan tali sebelum tarik saya ke atas. Sebelum itu saya dah berusaha naik sendiri guna tali yang saya gunakan untuk turun tapi tak berdaya.
"Saya susah bernafas menyebabkan tak ada tenaga. Kalau lambat 10 minit dah tentu saya pengsan," katanya.
Katanya, sekiranya dia pengsan, besar kemungkinan dia akan lemas dalam perigi tersebut memandangkan terdapat air sedalam kira-kira 0.9 meter di dalam perigi tersebut.
"Sebelum ini dah enam kali saya turun ke dalam perigi termasuk tiga kali tahun lepas tapi kejadian kelmarin pertama kali saya hadapi," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Zailani Abdullah berkata, pihaknya mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan mangsa yang sesak nafas dan terperangkap dalam perigi sedalam kira-kira 9.1 meter itu.
Menurutnya, seramai enam anggota ditugaskan menjalankan kerja menyelamat mangsa dan sebuah jentera bomba.
“Mangsa berjaya dinaikkan menggunakan tali dengan sistem ‘ikatan kerusi’ dan keadaannya agak lemah ketika itu namun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: