Tuesday, March 21, 2017

Peminat Fanatik Ekori Taylor Swift Ditahan




Taylor Swift
SEORANG lelaki yang juga peminat fanatik Taylor Swift ditangkap gara-gara bersikap mencurigakan dan mengekori penyanyi itu.
New York Daily News melaporkan, lelaki tersebut ditahan ketika menceroboh masuk ke kediaman mewah Swift yang terletak di New York, Amerika Syarikat.
Individu berusia 26 tahun itu juga dilaporkan menganggu privasi bintang terkenal itu sejak 6 Februari lalu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu berkeliaran di lorong kediaman Swift dan menghubungi penyanyi Blank Space sebanyak 60 kali pada 27 Januari hingga 16 Februari.
Lelaki itu dilaporkan didenda sebanyak USD$20,000 (RM88,740)serta dilarang mendekati kediaman peribadi penyanyi itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: