Tuesday, March 21, 2017

Jung Kyung Ho Dedah Rancangan Melamar Sooyoung




PELAKON Jung Kyung Ho mengakhiri tanda tanya apabila dia akan melamar kekasihnya, Sooyoung yang juga ahli kumpulan Girls' Generation.
Dalam satu temubual baru-baru ini, Jung Kyung secara terbuka mendedahkan kisah percintaannya bersama Sooyoung.
Mereka juga mengesahkan hubungan itu sudah berputik sejak tahun 2014 lagi.
Jung Kyung Ho memberitahu dia mendapat pujian daripada kekasihnya atas usaha keras dalam lakonannya menerusi drama bersiri terkenal 'Missing 9'.
"Setakat ini saya masih belum bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Selepas drama bersiri 'Missing 9' tamat, Sooyoung memberitahu,  saya bekerja dengan gigih untuk menjayakan siri tersebut dan dia gembira menonton hasil lakonan saya," katanya.
Sebelum hubungan mereka dihidu pihak wartawan dan peminat satu ketika dahulu, Jung Kyung Ho pernah mengeluarkan kenyataan dia hanya akan melamar kekasihnya selepas memenangi anugerah pelakon terbaik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: