Thursday, March 16, 2017

Baim Wong Jadi Pemandu GrabCar




Baim Wong mencuba nasib sebagai pemandu GrabCar.
PELAKON terkenal Indonesia, Baim Wong kini mencuba nasib sebagai pemandu GrabCar.
Menurut Baim, dia melalui pelbagai pengalaman lucu ketika berhadapan dengan penumpang.

"Ramai yang terkejut dan tidak menyangka.

"Selepas dua, tiga minit mereka bertanya sama ada saya ini Baim Wong atau tidak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Grabshare di Kuningan, Jakarta Selatan.

Menurut laporan detikhot, bekas kekasih Marshanda itu tidak risau walaupun terpaksa melayan para penumpangnya.

Kata Baim, dia sebaliknya selesa kerana menganggap pekerjaan baharunya itu sebagai medium untuk bersosial.

"Ramai yang minta untuk bergambar, ada juga yang rakam video untuk Instagram mereka.

"Saya tak boleh menolak kerana ia akan menjadi kenangan bagi mereka," kata Baim.

Jelas Baim dia menjadi pemandu GrabCar secara sambilan selama dua hingga empat jam sehari jika berkelapangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: