Tuesday, March 14, 2017

Suami Mahu Scarlett Johansson Tarik Permohonan Cerai




Scarlett memfailkan perceraian terhadap Romain hanya selepas dua tahun berkahwin.
SUAMI kepada Scarlett Johansson iaitu Romain Dauriac berharap aktres itu menarik balik permohonan cerai yang difailkan baru-baru ini.
Romain berharap dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka menerusi perbincangan secara tertutup tanpa ia menjadi bualan menerusi media.

"Adalah sesuatu yang memalukan dan menyedihkan apabila Scarlett memfailkan perceraian dan menjadikan masalah rumah tangga kami diketahui umum.

"Saya berharap dia menarik balik permohonan itu dan berbincang walaupun ia adalah perkara sukar buat masa ini," katanya seperti dilaporkan People.

Romain juga berkata, dia berharap dapat menyelesaikan masalah itu demi anak perempuan mereka yang memerlukan perhatian kedua-dua ibu bapanya.

"Kami mempunyai anak dan akan terus membesarkan dan menjaga kepentingannya," katanya.

Pada selasa lalu, Scarlett memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas dua tahun berkahwin.

Dalam dokumentasi itu juga, pelakon itu turut membuat permohonan hak penjagaan anak mereka.

Peguam Romain pula dalam satu kenyataan memberitahu pasangan itu sedang dalam proses perbincangan secara tertutup ketika wanita itu memfailkan perceraian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: