BINTANG rancangan realiti televisyen Korea Selatan, Haha  dan pasangannya, Byul menyambut kelahiran anak kedua mereka lapor Soompi.
Pagi tadi, Byul yang juga merupakan seorang penyanyi melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat digelar So Wool, setakat ini nama penuh anak kedua pasangan ini masih belum diberitahu kepada umum.
Sebelum ini, pasangan tersebut menyambut kelahiran anak pertama mereka pada tahun 2012 yang diberi nama Dream, mereka berdua juga turut berkahwin pada tahun yang sama.
Satu sumber rapat pasangan itu mengatakan kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan yang sihat serta Haha sangat gembira kini.
Sementara itu, kedua-dua Haha dan Byul sangat berdedikasi dan penyayang kepada keluarga mereka malah baru-baru ini (sebelum bersalin) pasangan ini juga telah pergi bercuti satu keluarga dan berkongsi gambar dengan peminat semasa percutian mereka.