BANGKOK - THAILAND. Pasukan doktor haiwan di Thailand mengeluarkan 915 syiling daripada seekor penyu berusia 25 tahun, selepas ia menelan barangan dibuang ke dalam kolam kononnya untuk dapat tuah.
Syiling karat dan pelbagai objek lain seberat 5 kilogram (kg) dikeluarkan daripada badan Omsin yang memiliki berat asal 59kg.
Jurucakap Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongkorn, Nantarika Chansue berkata, pembedahan selama tujuh jam itu dipercayai yang pertama di dunia.
"Omsin memerlukan masa kira-kira sebulan untuk pulih sepenuhnya. Ia dibedah selepas kakitangan pusat pemuliharaan di Sriracha mendapati ia sukar berenang secara normal kerana lebihan berat," katanya.