Wednesday, March 8, 2017

Isteri Tak Sekat Alif Satar Lakonkan Adegan Romantik



Alif akui kerjayanya dalam bidang seni semakin berkembang sejak tiga tahun kebelakangan ini. 
PETALING JAYA: Status sebagai suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata tidak menjadi masalah buat penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk melakonkan adegan romantik dengan artis lain kerana ia tidak dihalang isteri.
Malah Alif, 27, berkata, dia gembira kerana isterinya Sha Dila Halid memahami akan kerjayanya itu sebagai seorang artis.

“Saya boleh bercinta dengan sesiapa ketika dalam set lakonan, bercinta dalam karakter.

"Bagi saya itu hanya lakonan dan saya bersyukur isteri tak pernah halang, dia faham kerjaya saya dalam bidang ini,” katanya.

Tambah Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, isterinya iaitu Sha Dila Halid juga tidak kisah jika adakalanya dia terbawa-bawa karakter lelaki romantik ketika pulang ke rumah.


Gandingan Alif dan Siti Nordiana dalam drama turut membantu menaikkan namanya dalam bidang lakonan. 

"Bagi saya zaman untuk jadi playboy sudah lama berakhir. Sekarang adalah masa mencari rezeki untuk keluarga.

"Tapi kadang-kadang apabila berlakon dan perlu bercinta dengan penuh romantik, karakter itu terbawa-bawa. Nasib baik isteri faham," katanya penuh ceria.

Keserasian lakonan Alif bersama Siti Nordiana dalam drama Dia Semanis Honey juga membawa tuah kepadanya hingga naskhah berkenaan turut dipentaskan dalam bentuk teater pada tahun lalu.

Sementara itu bercerita mengenai perkembangan kerjayanya yang dilihat semakin berkembangan termasuk di bidang pengacaraan, Alif mengakui dia sedang melalui fasa yang lebih baik dalam kariernya.

"Saya akui baru mula mendaki dalam kerjaya sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini. Bagus juga begitu kerana saya naik secara perlahan-lahan.
"Namun bagi saya tahun-tahun sebelum ini adalah persediaan untuk saya.
"Sekarang ini saya lebih matang dan tahu menguruskan tekanan dan cabaran," katanya yang sudah terlibat dalam industri hiburan sejak 11 tahun lalu.

Dia mula dikenali sejak menjadi finalis rancangan realiti One in a Million pada 2006.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...