Thursday, March 2, 2017

Sudah Tahu Awal, Neelofa Gembira Hans Isaac Bakal Kahwin



Neelofa tumpang gembira melihat kebahagiaan teman baiknya, Hans Isaac.
KUALA LUMPUR: Berita gembira mengenai perkahwinan Hans Isaac yang dijadualkan pada 29 Julai depan disambut gembira pelakon dan pengacara, Neelofa.

Ujar Neelofa, 28, dia sudah diberitahu mengenai rancangan perkahwinan Hans iaitu sejak November tahun lalu, hampir dua bulan lebih awal sebelum pelakon dan pengarah berkenaan bertunang.

"Sebagai kawan yang lebih daripada lima tahun, saya begitu gembira sebab dia layak untuk bahagia.

"Saya sangat gembira... sejujurnya saya sangat gembira. Dia maklumkan kepada saya November lepas," katanya.

Neelofa (tengah) di depan butiknya Nealofar yang baru dibuika di Publika.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor ditemui pada majlis pelancaran butik kedua Naelofar Hijab di pusat beli belah Publika di sini pada Rabu.

Hans pada Selasa mengadakan sidang media khas mengumumkan akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson.

Hans dan Gabriella bakal kahwin pada 29 Julai 2017.
Hans dan Gabriella sebelum itu telah bertunang pada 29 Januari di Singapura.

Neelofa dan Hans sebelum ini pernah dikaitkan sebagai pasangan kekasih selama dua tahun sebelum hubungan itu dikatakan putus pada Februari 2014.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Hans, Neelofa mengakui dia tiada apa-apa masalah dengan aktor berkenaan walaupun pernah menjalinkan hubungan istimewa.

"Hubungan kami tak ada masalah, malah kami ada berhubung minggu lepas... dia ada beritahu pasal bertunang.

"Tiada isu negatif antara kami dan masing-masing boleh bawa haluan sendiri dan kami kekal sebagai kawan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: