Thursday, March 2, 2017

Nombor Telefon 'Bocor', Leeteuk (Super Junior) Diganggu




Anggota kumpulan Super Junior iaitu (dari kiri) Eunyuk, Leeteuk dan Donghae.
GARA-GARA nombor telefonnya ‘bocor’ sehingga diketahui orang ramai, anggota kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk berhadapan dengan masalah apabila dia sering diganggu.

Selain menerima pelbagai panggilan, dia juga turut mendapat pelbagai mesej yang dikirimkan secara berterusan.

Disebabkan masalah itu, pada Rabu dia telah memuat naik gambar gunung bersalji di Instagramnya dengan kapsyen yang berjaya menarik perhatian ramai.

Dalam kapsyen itu, dia hanya meletakkan #hastag yang ditujukan kepada mereka yang tidak bertanggungajwab.

Hastag itu seperti berikut:

#EverthingIsFineBut#AfterMidnight
#Calling#RefrainFromTextingPlease
#ItSeems#ThatMyPhoneNumber
#WasLeakedAbroad#IHaveABroadcast
#EarlyInTheMorning#PleaseSpareMe
#DoItDuringTheDay#Please

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya SM Entertainment. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: