Thursday, March 2, 2017

Harrison Ford Nyaris Kemalangan Gara-Gara Salah Landasan




PELAKON Harrison Ford hampir-hampir menjadi punca kemalangan ketika memandu pesawat peribadinya apabila mendarat di landasan yang salah pada Isnin lalu.

Menerusi video yang tersebar pelakon filem Star Wars itu nyaris melanggar sebuah pesawat kormersil yang membawa 110 orang penumpang.

Seperti dipetik NBC News, kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Los Angeles itu disebabkan kesilapan komunikasi beliau dengan lapangan terbang tempat dia berlepas iaitu Santa Monica.

Selepas menyedari kesilapan komunikasinya itu, Ford cemas dan mendarat di landasan yang salah.

Bagaimanapun, dia bernasib baik tidak bertembung dengan kapal terbang American Airlines 737 yang berada di landasan tersebut.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Video yang tersebar di laman sosial masih dalam siasatan pihak Federal Aviation Administration dan jika terbukti kesalahan lesen khas beliau boleh ditarik balik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: