Wednesday, March 8, 2017

'J Revolusi' Kutip RM2 Juta Dalam Masa Empat Hari




PETALING JAYA: Filem J Revolusi  mencatatkan rekod kutipan terbaharu apabila meraih RM2 juta dalam masa empat hari sejak ditayangkan pada 2 Mac lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, kutipan itu merangkumi 120 pawagam seluruh Malaysia termasuk empat pawagam dan Brunei.

“Dari pemerhatian kami di media sosial, para pelakon seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kami, Azad Jazmin dan juga penampilan khas, Datuk Hans Isaac telah menerima pujian yang baik atas kehebatan lakonan dan lagak ngeri mereka dalam filem ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Tambah Ahmad Izham, kehebatan filem ini ialah kerana plakon yang membintanginya tidak menerima sebarang bantuan daripada bintang lagak ngeri (stuntmen).
Sebaliknya ujar beliau, mereka mencabar diri dengan melakukan aksi dengan tunjuk ajar daripada pakar lagak ngeri tempatan, Saiful Reza serta dua orang pengarah lagak ngeri yang diterbangkan khas dari Hong Kong.

J Revolusi
 merupakan filem pertama usaha sama Primeworks Studios dan Infinitus Entertainment, sebuah syarikat milik Datuk Sri Robin Tan dan pelakon legenda Hong Kong, Andy Lau, yang amat berpengalaman dalam filem aksi.

Andy Lau bertindak sebagai penasihat dan membimbing pihak produksi untuk mendapat garapan cerita yang menarik.

Filem ini menelan belanja RM3 juta.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...