Sunday, May 29, 2011

Wulan lakon aksi lesbian


Wulan


NAMA aktres Wulan Guritno memang bukan nama baru dalam dunia perfileman Indonesia.Wulan telah terbabit dalam dunia lakonan dalam 15 buah filem antaranya Janji Joni, Otomatis Romantis dan Demi Dewi.

Namun dalam jumlah filem yang dilakonkan beliau, filem terbaru berjudul Dilema adalah filem yang paling mencabar baginya.

Bukan sahaja memainkan peranan sebagai pengedar dadah, kali ini Wulan akan melakonkan watak ciuman, bukan dengan pelakon lelaki tetapi adegan tersebut akan dilakonkan bersama artis wanita.

Watak wanita lesbian ini memang telah ditunggu-tunggu oleh ibu yang mempunyai dua orang anak ini.

Laporan mengatakan pelakon yang akan memainkan babak ciuman bersama Wulan adalah aktres jelita Pevita E Pearce selain turut dibintangi Jajang C Noer, Winky Wiryawan dan Baim Wong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: