Sunday, May 29, 2011

Selepas Menyanyi, Glenn Fredly Jadi Pengarah

Gleen Fredly foto Kapanlagi.com

BERJAYA meniti kerjaya sebagai seorang penyanyi, Glenn Fredly kini ingin mencuba nasib ke dunia pengarahan pentas.

Biarpun lakonan buakan dunia baru baginya, namun dia mengaku pengalaman pertama sebagai pengarah benar-benar memberi satu kepuasan dalam hidupnya.

Dia yang mengarahkan pementasan teater Beta Maluku di panggung Graha Budaya Tanab Ismail Marzuki ini, menganggap kepercayaan yang diberikan kepadanya tidak akan disia-siakan.

"Di sini saya mencuba untuk menjadi sutradara, pada awalnay saya tidak terfikir diberi tanggungjawab ini. Namun selepas kepercayaan yang diberikan saya mengalasmnya dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Tambhanya, pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa apalagi bekerja bersama pelakon terkenal Butet Kertaredjasa, Djaduk Ferianto dan Agus Noor.

Melalui pementasan tersebut, Glenn cuba menyampaikan mesej tentang budaya timur yang sudah semakin hilang dari budaya Indonesia.

"Ini momentum bagus untuk hidupkan kembali budaya timur. Saya bangga mengangkat budaya Maluku ini," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: