Tuesday, May 31, 2011

Ustaz buta rawat penyakit gangguan makhluk halus


NABIL (kanan) merawat seorang lelaki yang datang ke gerainya pada hari terakhir Karnival Halal Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Kehadiran seorang lelaki buta bergelar al-Hafiz merawat penyakit-penyakit gangguan makhluk halus mencuri perhatian para pengunjung di Karnival Halal Kelantan di sini semalam.

Lelaki itu, Nabil Mahathir yang melakukan rawatan di gerai UNIC Biotrade Sdn. Bhd. dapat mengesan penyakit pada badan pesakit dengan memegang telapak tangan kanan pesakit sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Nabil, 24, yang berasal dari Alor Setar, Kedah mempunyai pengalaman merawat pesakit gangguan makhluk halus sejak tujuh tahun lalu.

Nabil yang dilahirkan di Madinah semasa ibunya mengerjakan haji memberitahu, dia menganggap keupayaannya merawat pesakit sebagai satu anugerah yang Allah kurniakan kepadanya kerana menghafal al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: