PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan bercadang memanjangkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) selama seminggu berbanding tiga hari sebelum ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, pemanjangan tempoh tersebut dibuat berikutan sasaran menghimpunkan sejuta belia melalui lebih 200 acara yang mempamerkan bakat dan kemahiran yang ada pada belia telah dicapai pada tahun ini.
|
|
“Semalam (kelmarin), kita lihat belia menakluk Putrajaya dengan berhimpun beramai-ramai dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan tanpa henti.
“Situasi ini menunjukkan betapa belia begitu komited dalam mempamerkan dan memasarkan kemampuan yang mereka ada kepada masyarakat,” katanya pada majlis perasmian Program Didik Niaga Youth Apprentice di sini semalam.
Menurut Shabery, pemanjangan tempoh tersebut bukan sahaja untuk menghimpunkan seberapa banyak belia di negara ini yang kini berjumlah 11.5 juta, sebaliknya akan membuka alternatif kepada pasaran industri dalam melihat potensi belia.
|
|
Ujarnya, pasaran baru harus dilihat dan didampingi memandangkan golongan tersebut akan menentukan hala tuju pembangunan negara.
Beliau yakin landskap Hari Belia Negara 2012 akan menjadi lebih gemilang dengan lebih banyak aktiviti menarik disediakan untuk disertai belia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: