KOTA BHARU – Karnival Halal Kelantan yang berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu dan berakhir semalam berjaya melebihi sasaran apabila lebih 50,000 orang mengunjunginya.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh memberitahu, kehadiran pengunjung telah melebihi sasaran awal iaitu 50,000 orang dan pengunjung serta peniaga berpuas hati dengan perjalanan program ini.
“Saya dimaklumkan kehadiran pengunjung melebihi sasaran awal iaitu 50,000 orang. Rata-rata pengunjung berpuas hati dan ada yang minta dilanjutkan sehingga lima hari.
“Para usahawan pula berpuas hati hasil jualan mereka dan saya amat bersyukur kerana segalanya dipermudahkan Allah,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini, semalam.
Karnival Halal Kelantan anjuran JHEAIK dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kosmo! sebagai akhbar rasmi berlangsung di Kompleks Islam Darul Naim, di sini bermula 28 Mei lalu.
Sebanyak 80 gerai menyertai karnival tersebut selain aktiviti menarik seperti seminar halal, pertandingan memasak dan pertandingan mewarna.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: