Monday, May 30, 2011

Firefly sasar sejuta penumpang


EDDY LEONG (lima dari kiri) bersama kakitangan Firefly dan penari yang menyertai majlis pelancaran hab selatan syarikat di Johor Bahru baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Firefly mahu mengembangkan penguasaan pasarannya kepada penumpang dari rantau selatan termasuk dari Singapura, Batam dan penumpang transit dari Malaysia Timur melalui pembangunan hab selatannya.

Pengarah Urusan Firefly, Datuk Eddy Leong berkata, sasaran awal syarikat ialah untuk menerbangkan seramai sejuta orang penumpang melalui hab selatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor menjelang bulan Mei tahun hadapan.

Matlamat itu bakal dicapai melalui pengenalan perkhidmatan penerbangan Firefly pergi-balik antara Johor Bahru dan Kuching, Sarawak sebanyak empat perjalanan sehari.

"Kami komited untuk membangunkan Johor Bahru sebagai hab selatan dan menawarkan penduduk Johor lebih pilihan penerbangan dan menyumbang kepada peluang dalam sektor perniagaan dan pelancongan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: