Tuesday, May 31, 2011

Penyanyi Selena Gomez pula terima ugutan bunuh


Selena Gomez bersama Justin Bieber.


LOS ANGELES 30 Mei - Selepas model Imogen Thomas yang dikaitkan dengan bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs menerima ugutan bunuh, seorang lagi selebriti menghadapi perkara yang sama.

Kali ini, pelakon dan penyanyi Selena Gomez, 18, menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik Justin Bieber menerusi laman sosial Twitter dan Facebook selepas gambar percutian mereka di Hawaii didedahkan.

Antara ugutannya berbunyi, 'Saya bersumpah pada tuhan akan bunuh anda', dan 'Jika anda kekasih Bieber, saya akan bunuh anda! Saya benci anda!'.

Ada juga peminat Bieber yang memberi amaran kepada Gomez agar menjauhkan diri daripada penyanyi itu dan menyatakan bintang tersebut berbahaya untuk didekati.

Peminat fanatik Bieber berang apabila pasangan kekasih tersebut mendedahkan hubungan mereka kepada umum.

Menerusi gambar yang sempat dirakamkan, pasangan tersebut dilihat intim dan berpelukan antara satu sama ketika bercuti di Hawaii pada minggu lepas.

Sementara itu, peminat Bieber turut menubuhkan kumpulan 'Saya benci Selena Gomez keluar dengan kekasih (Bieber) saya' menerusi Facebook.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: