|
|
JIKA anda menyukai kehidupan bandar pula, Melbourne merupakan bandar musim sejuk yang amat sesuai dikunjungi.
Ini kerana pada musim sejuk, suasana di Melbourne amat berlainan dengan lampu-lampu bersinar dan rasa kopi yang lebih enak. Ahli-ahli muzik menghiburkan pengunjung pada malam jazz yang diadakan ketika sambutan festival musim sejuk.
Antara acara menarik pada musim tersebut adalah sambutan ulang tahun National Gallery of Victoria ke-150 (28 dan 29 Mei), State of Design Festival (20 hingga 31 Julai) dan Pesta Filem Antarabangsa Melbourne (21 Julai hingga 7 Ogos).
Tempat paling menarik dan baru bagi rakyat Malaysia adalah berjalan di bawah air dan dikelilingi ikan jerung, ikan yang garang, pelik dan besar yang boleh ditemui di Akuarium Melbourne .
Akuarium Melbourne mempunyai empat aras yang mempamerkan hidupan dari Laut Selatan, termasuk naga laut, sotong, belut moray dan ikan jerung. Zoo Melbourne satu lagi tempat menarik untuk dilawati dengan 350 spesies haiwan tinggal dalam habitat semula jadinya.
Istimewanya Melbourne adalah tempat-tempat menarik di sana dijaga dengan baik di samping terdapat papan penerangan dengan penjelasan teliti bagi memudahkan pelancong. Suasana penghujung musim luruh juga agak sejuk dan menyebabkan semua ahli memakai pakaian tebal
Antara tempat menarik yang dilawati adalah Victoria Supreme Court, County Court, Pusat Bantuan Guaman Darebin, Parlimen, Muzium-muzium, menyusuri jalan 'Great Ocean Road', Twelve Apostle, Philips Island dengan penguin dan kangaroo.
Satu cara yang popular untuk menghabiskan masa di Melbourne ialah dengan meneroka butik-butik bergaya yang tersembunyi di jalan-jalan sempit, lorong-lorong kecil dan arked-arked. Fesyen ciptaan tempatan sangat popular, selain pusat-pusat jualan kilang yang menawarkan pakaian berjenama dengan potongan harga yang rendah. Cubalah ke Chapel Street Bazaar atau pasar Camberwell dan Queen Victoria untuk membeli kasut, pakaian dan aksesori murah. Pasar Queen Victoria, pasar terbesar dan tertua di Australia, adalah sebuah tapak warisan semula jadi. Berusia lebih 120 tahun, bangunan-bangunan bersejarah di sini tidak berubah. Bangunan Dairy Hall, yang paling tidak berubah, menempatkan 38 kedai makanan (deli) yang hebat-hebat. Di sebelahnya adalah Pasar Ikan dan Daging yang menawarkan hasil pertanian segar pada harga berpatutan. Selain makanan, terdapat banyak barangan cenderamata dan barangan murah yang boleh dibeli. Mereka yang gemar membeli-belah tidak akan tersalah pilih jika ke Melbourne Central.
Dalam pada itu, bagi anda yang ingin mendapatkan harga tambang murah ke Australia dari Kuala Lumpur bersama AirAsiaX, layarilah AirAsia.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: