|
|
SHAH ALAM 30 Mei - Hyundai telah memasarkan lima juta kenderaan di Eropah, sekali gus memecahkan rekod sejak jenama itu mula memasuki rantau tersebut pada 1977.
Kereta dari Korea Selatan itu turut merekodkan momentum jualan stabil selepas berjaya menjual sejuta kenderaan pada kali terakhir tiga tahun lalu, menurut kenyataan di sini hari ini.
''Kali pertama Hyundai mencapai jualan satu juta pada 1996 di Eropah dan dua juta pada 2001.
''Trend ini menyaksikan peningkatan kesedaran di kalangan pembeli kereta Hyundai di Eropah berikutan peluasan rangkaian wakil jualan,'' tambah kenyataan itu.
Hyundai mencatatkan jualan tiga juta jualan pada 2005 dan empat juta tiga tahun kemudian.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Hyundai, Allan Rushforth berkata: ''Jualan lima juta kenderaan adalah satu pencapaian yang menarik bagi Hyundai dan ia menjadikan kami sebagai peserta utama dalam pasaran kereta yang kompetitif,".
Bagaimanapun, beliau melihat perkembangan itu sebagai satu permulaan bagi Hyundai dan menyasarkan untuk menguasai tiga peratus pasaran Eropah bagi jenama tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: