SHAH ALAM - Pendera binatang akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali apabila pindaan semula Akta Binatang 1953 dilaksanakan tidak lama lagi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, ketika ini, mereka yang menzalimi binatang hanya dikenakan denda RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali di bawah akta tersebut.
Menurutnya, hukuman itu begitu ringan menyebabkan masih ramai yang berani melakukan kekejaman terhadap binatang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: