Tuesday, May 31, 2011

Tahu ada dadah selepas ditahan


AFIFI mendakwa tidak tahu ada dadah di kondominium yang diduduki.


KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi pelakon Benjy menafikan dadah yang ditemui di dua buah unit kondominium iaitu di Menara Duta 2 dan Vista Mutiara pada 11 Mac tahun lalu adalah kepunyaannya.

Afifi Hamid, 25, sebaliknya mendakwa dia hanya mengetahui kewujudan dadah tersebut waktu ditahan bersama Benjy dan melihat sendiri pihak polis mengambil dadah dari tempat persembunyian di kondominium berkenaan.

Afifi yang kini bekerja sebagai pereka berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abdul Halim dalam perbicaraan kes dadah artis tersebut di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Afifi sebelum ini turut ditahan bersama Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di Menara Duta 2, Jalan Segambut pada 3 Mac lalu kerana disyaki mengedar dadah sebelum dia dibebaskan.

Dia yang menafikan dirinya kekasih Benjy kini memberi keterangan selaku saksi pendakwaan.

Sementara itu, semasa disoal peguam bela Amer Hamzah Arshad berhubung kondominium Vista Mutiara, Afifi menjelaskan bahawa selain dirinya dan Benjy, terdapat dua lagi penyewa di situ bernama Amer dan Nikman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: