KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 30, mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Azmi Hata, 36, pada majlis ringkas di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort di sini semalam.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi memberitahu, keputusan untuk bertunang dibuat selepas perbincangan kedua-dua belah keluarga awal tahun ini.
"Kami telah berkenalan selama dua tahun dan sudah tiba masa untuk kami membawa hubungan ini ke peringkat lebih serius.
"Pertunangan ini juga diharap dapat menutup cerita sebelum ini yang mengatakan saya telah pun mendirikan rumah tangga,'' ujar Elly ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: