Sari yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohammad Nazari memulakan langkah permulaannya menerusi sebuah drama bersiri panjang yang berjudul Suria Di Cordoba bergandingan bersama dua orang pelakon kacak, Fahrin Ahmad dan Ady Putra. Terpaksa meninggalkan putera sulungnya, Barr Al Aliy yang kini berusia sepuluh bulan di bawah jagaan ibunya, Sari Yanti pasrah apabila dia terpaksa menunaikan penggambaran di dua kota iaitu Cordoba dan Maghribi. "Mula-mula memang saya rasa nak tolak saja tawaran ni sebab tak nak tinggalkan Barr, dan takut kalau saya terlalu rindukan dia nanti, tapi bila berbincang dengan emak dan suami mereka banyak bagi pendapat, dan akhirnya saya kuat-kuatkan hati untuk terima tawaran ini. "Sebelum ini saya sudah setahun setengah berehat daripada lakonan, kerana kandungan pertama dahulu saya mengalami ragam yang teruk, dan saya tidak larat untuk berlakon. Sekarang bila Barr sudah membesar sedikit, saya ambil peluang ini untuk berlakon semula. "Tak sangka pula, bila keputusan sudah diambil, saya disahkan mengandung anak kedua tetapi Alhamdulillah, untuk kandungan yang kedua ini, saya tidak mempunyai masalah. "Sepuluh hari berada diluar negara juga tidak banyak yang menyukarkan kecuali untuk mencari makanan halal, sepanjang disana saya hanya makan bubur dan biskut, saya tidak berani ambil makanan lain kerana bimbang dengan kandungan,"jelas Sari. Mahu Anak Ramai Biarpun mengandung, tetapi Sari tetap gigih berlakon. Mengakui berkeinginan untuk mempunyai anak ramai, menurut Sari dia tidak kisah mengandung banyak kali walaupun dalam jangka masa yang rapat. "Saya tidak pernah merancang untuk memiliki berapa orang anak, jadi selagi ada rezeki daripada tuhan, saya terima tidak kisahlah sama ada ianya cepat ataupun lambat. Pemilihan Watak Jika sebelum ini dia sinonim dengan watak remaja sekolah, ianya sama sekali berbeza dengan wataknya menerusi drama Suria Di Cordoba ini. "Sekarang ini jika ada yang minta saya berlakon menjadi pelajar sekolah, saya akan lihat dahulu sama ada sesuai atau pun tidak. "Setelah hampir mendapat anak kedua ni, saya rasa tak sesuai saya membawakan watak sebegini, tapi lakonan dalam Suria Di Cordoba memperlihatkan lakonan saya dari sisi lain dari sebelum-sebelum ini. "Dalam drama ini saya berlakon bersama dua pelakon berbakat Ady dan Fahrin, dan semestinya saya harus memberikan yang terbaik untuk drama ini,"jelas Sari yang kini kandungan keduanya berusia empat bulan.
| Mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan setelah di dapati mengandung anak sulungnya kira-kira setahun yang lalu, pelakon yang mula menempatkan namanya melalui siri drama Kisah Kaisara ini sudah bersedia untuk beraksi semua dilayar televisyen.
Tuesday, May 31, 2011
Sari Yanti Tinggal Anak Demi Kerjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: