Tuesday, May 31, 2011

Salih kahwin lagi, Emi isteri keempat


WAJAH riang Salih bersama Samihah pada majlis persandingan mereka di Hotel 11@Century, Johor Bahru malam tadi.


JOHOR BAHRU - Pelakon dan pelawak terkenal, Salih Yaacob selamat melangsungkan pernikahannya dengan isteri keempat, Samihah Sheikh Ali di Masjid Jamek Kulaijaya dekat sini semalam.

Salih ketika dihubungi Kosmo! semalam bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam yang lebih mesra dipanggil Emi itu berjalan lancar.

"Alhamdulillah. Apa yang boleh saya cakap, semua ketentuan sudah tertulis sejak azali lagi, sudah ditentukan saya bertemu jodoh lagi," katanya.

Salih juga bersyukur kerana Samihah memilihnya bukan kerana populariti sebaliknya tertarik dengan perjalanan hidupnya.

"Saya tidak kisah apa orang cakap mengenai saya bila saya kahwin kali keempat, apa yang penting saya harus menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada empat isteri sebaik mungkin," katanya.

Salih, 50, sah menjadi suami Emi, 24, pada pukul 3 petang semalam dengan mas kahwin RM23 dan wang hantaran sebanyak RM24,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: