PEKAN - Hasrat 110 pelajar untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya direalisasi melalui Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia sejauh 322 kilometer bermula hari ini dan berakhir pada Khamis.
Ia membabitkan para mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah di sini yang memulakan kayuhan mereka dari Pekan menuju Putrajaya.
Ketua ekspedisi, Ramlee Abid berkata, perjalanan tersebut juga akan mempromosikan gaya hidup sihat kepada golongan belia setiap kali singgah di hentian-hentian tertentu.
"Kumpulan tersebut akan singgah di beberapa hentian sebelum bermalam di Kompleks Belia Maran untuk mengedarkan risalah berkaitan kesihatan.
"Para peserta kemudian akan singgah di sekolah-sekolah sekitar Temerloh, Bentong, Gombak di Selangor, UPM Serdang sebelum menamatkan kayuhan di Putrajaya," ujar beliau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: