Tuesday, May 31, 2011

Pakej pembiayaan GPSB, Muamalat



Glenmarie Properties Sdn Bhd (GPSB), anak sya-rikat milik penuh DRB-HICOM menjalin usaha sama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam memperkenalkan pakej pembia-yaan rumah, Kemudahan Pemilikan Kediaman Glenmarie-Muamalat (Home).

Pakej pembiayaan terbabit dibuat khusus untuk dua projek dibangunkan GPSB, iaitu Glenmarie Gardens dan Laman Glenmarie.

Pengarah Kumpulan Hartanah dan Infrastruktur DRB-HICOM Berhad, Siti Mariam Mohd Desa berkata, skim itu dapat memudahkan pelanggan berpotensi GPSB yang berhasrat memiliki kediaman dengan kadar pembiayaan kompetitif ditawarkan Bank Muamalat.

“Jalinan usaha sama ini dapat memberi faedah kepada pembeli dengan tawaran kadar pembiayaan kompetitif, kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui i-muamalat.com.my dan tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga umur 70 tahun atau tempoh pembiayaan maksimum 40 tahun,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara GPSB dan BMMB di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: