Setelah hampir empat bulan merahsiakan status sebenar diri, akhirnya Juara Mentor musim kelima, Salma menjawab semua persoalan yang diajukan, Salma juga menamatkan spekulasi tentang dirinya yang dikatakan sudah bergelar janda. Berkahwin pada usia 17 tahun dan kemudiannya bercerai setahun selepasnya, Salma bagaimana pun enggan mendedahkan nama sebenar suaminya itu.
"Saya merahsiakan perkara ini bukan kerana mahu meraih undian daripada peminat, tetapi saya tidak mahu bercerita sebab enggan terlalu memikirkan soal anak sepanjang berada di Mentor kerana takut akan terlalu merinduinya. "Anak saya sekarang berusia 3 tahun, namanya Puteri Nurul Huda. Sepanjang saya di sini dia tinggal dibawah jagaan ibu saya di Tawau, dan selepas ini jika ada rezeki, saya akan bawa dia tinggal bersama saya di Kuala Lumpur. "Tentang bekas suami, saya rasa lebih elok jika saya tidak bercerita mengenai dirinya. Dia masa lalu saya dan kalau boleh saya tak mahu ada kaitan lagi dengannya kerana saya bimbang akan trauma kerana itu. "Lagipun dia sudah berkahwin lain, biarlah dia dengan dunia dia sekarang, dan begitu juga sebaliknya. Puteri Nurul Huda memang sentiasa berada di bawah jagaan saya dan dia tidak pernah mengambil atau bertemunya sampai hari ini. "Sepanjang bergelar ibu tunggal ini, saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki dan sekarang saya mahu menumpukan sepenuhnya perhatian pada kerjaya sahaja,"jelas Salma yang mengakui bekas suaminya itu tidak menggemari minatnya dalam bidang seni suara. |
Tuesday, May 31, 2011
Salma Mengaku Janda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: