MASALAH selulit sering membelenggu wanita sama ada yang bertubuh langsing mahupun yang berisi. Selulit juga kerap menjadi halangan kepada wanita untuk bergaya dengan dres kegemaran kerana malu dengan permukaan kulit yang hodoh.
Selulit yang terdapat di bawah lengan, pinggul, paha dan perut sukar dihapuskan berbanding lemak. Bahkan, jika tidak dirawat dengan betul, ia ibarat kecacatan kekal pada kulit.
Namun, kemajuan teknologi yang membangunkan sel stem tumbuh-tumbuhan berjaya menghasilkan serum yang membantu para wanita mendapatkan bentuk tubuh yang diimpikan.
Menurut Pengurus Ekport Collistar Itali, Simona Sangalli, inovasi Collistar telah meletakkan produk tersebut pada kedudukan tertinggi dalam rangkaian produk kecantikan di Itali. Bahkan, Collistar menguasai pasaran bagi produk antiselulit sebanyak 55.4 peratus dan 47.3 peratus bagi produk exfoliator.
“Collistar menawarkan lima pilihan produk rawatan antiselulit yang terdiri daripada rawatan selulit biasa hinggalah selulit degil.
“Dengan Collistar, pengguna tidak perlu bersusah payah mengurut bahagian tubuh yang berselulit kerana ia meresap cepat dan tidak melekit pada kulit,” katanya ketika ditemui di butik Sasa, Berjaya Times Square baru-baru ini.
Menurut Simona, lima pilihan produk antiselulit yang ditawarkan ialah Intensive Anticellulite Serum, Anticellulite Cryo-Gel, Anticellulite Thermal Cream, Anticellulite Thermal Gel dan Superconcentrated Anticellulite Night Treatment.
“Intensive Anticellulite Serum adalah rawatan terbaik untuk menghilangkan selulit degil. Ia dibangunkan menggunakan sel stem echinacea dan mengandungi efek ultrabunyi yang bertindak mengurangkan lebihan lemak dengan menghalang aktiviti sel lemak.
“Mekanisma yang menyerupai ultra bunyi itu mengurangkan kandungan air di dalam badan, sekali gus menghalang menyusutan kolagen dan mencipta efek korset pada bahagian yang dirawat,” katanya.
Simona memberitahu, mereka yang mengalami masalah selulit kurang serius boleh memilih produk Anticellulite Cryo-Gel. Ia juga sesuai untuk semua jenis selulit. Anticellulite Cryo-Gel mempunyai kesan menyejuk yang bertindak serta-merta.
Kesan menyejuk
“Kesan menyejuk di dalam serum yang digabungkan dengan aromaterapi minyak pati merangsang peredaran mikro kapilari yang menggalakkan aktiviti serum.
“Dalam masa beberapa saat, serum meresap dengan pantas ke dalam kulit,” katanya.
Anticellulite Thermal Cream pula sesuai untuk merawat selulit normal dan tisu kulit yang terjejas. Menerusi formula alga marin dan minyak pati, ia memberikan kesan rawatan yang berpanjangan.
“Di samping merawat selulit, tisu kulit juga diperbaharui dan ditegangkan.
“Produk ini juga sesuai sebagai losyen urutan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Anticellulite Thermal Gel sesuai bagi mereka yang mempunyai selulit dan menyimpan banyak air di bahagian kaki. Formula yang terdapat dalam produk ini bertindak sebagai antiair dan sesuai untuk mereka yang mengidamkan kaki yang langsing.
“Serum ini kaya dengan fito kompleks yang memberi efek pelangsingan dan mengurangkan lebihan lemak serta menghapuskan cecair berlebihan di dalam badan,” katanya.
Superconcentrated Anticellulite Night Treatment pula berfungsi bagi merawat semua jenis selulit. Simona berkata, ia bertindak pantas pada waktu malam melalui formula eksklusifnya seperti tampalan mikro aktif.
“Bahan ini bertindak secara intensif ketika waktu tidur iaitu semasa kulit dalam keadaan paling reseptif. Hanya beberapa titis serum sudah cukup untuk menunjukkan hasil dalam masa satu malam.
“Ia juga didatangkan dalam serum rawatan siang untuk hasil yang lebih berkesan,” katanya.
Produk antiselulit Collistar kini boleh didapati di kaunter Collistar di semua butik kecantikan Sasa.
macam man nak dapatkan produk ni?? saya lelaki, dan mempunyai selulit yang amat serius, hampir diseluruh badan saya mempunyai selulit yang degil. Hanya jalan buntu yang saya temui. bantulah saya 0175343746 safar.
ReplyDelete