Sunday, May 29, 2011

Diam-diam sambung belajar


Kim Hyun Joong


SELEPAS sekian lama, akhirnya penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Kim Hyun Joong terbuka hati untuk menyambung pengajian. Malah, dia dikatakan telah berbuat demikian tanpa pengetahuan sesiapa sejak awal tahun ini.

Hyun Joong kini dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Cheongwoon yang terletak di Hongseong, selatan Wilayah Chungcheong sejak Mac lalu dalam bidang pengurusan perancangan persembahan.

Bintang drama Flower Boy itu sebelum ini dikatakan terpaksa berhenti belajar kerana terlalu sibuk dengan aktiviti dan karier muzik dan lakonan.

“Meskipun sedang sibuk menyiapkan pembikinan album solo, dia mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi peperiksaan dalam masa yang sama.

“Malah, dia juga terpaksa mengurangkan waktu tidur bagi membolehkan kedua-dua aktiviti itu dilakukan tanpa gagal.

“Dia juga tidak mahu memberitahu sesiapa mengenainya sebelum ini kerana tidak mahu dikenali di kolej sebagai seorang artis,” kata sumber terdekat artis berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: