|
|
HUBUNGAN Rachel Bilson dan Hayden Christensen kembali bertaut dan pasangan ini sedang sibuk mencari rumah kediaman mereka di kawasan Los Angeles.
Pelakon The O.C dan Jumper itu dilihat sedang meneliti beberapa rumah sebelum berhenti menikmati makanan tengah hari.
Menurut sumber, selain sibuk mencari kediaman, Christensen juga sedang berdepan dengan rayuan samannya yang ditolak untuk mendakwa seorang penerbit TV siri komedi yang dipercayai mencuri ideanya.
“Christensen terpaksa membuat rayuan baru selepas rayuannya sebelum ini ditolak untuk melawan kes tersebut,” kata sumber itu.
Pelakon dari Kanada itu bersama abangnya, Tove, telah mengambil tindakan guaman menentang eksekutif-eksekutif di USA Network yang menghasilkan siri komedi melalui idea mereka.
Adik-beradik Christensen mengatakan bahawa cadangan mereka untuk sebuah rancangan bertajuk Housecall, yang menceritakan tentang seorang doktor yang membuat lawatan ke rumah-rumah orang kaya dan terkenal telah ditiru dan ditukar menjadi Royal Pains lakonan Mark Feuerstein.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: