Tuesday, May 31, 2011

75 peratus pengguna domestik tidak terjejas


JURUWANG TNB, Nor Asmayanee Mohamed Rani menerima bayaran bil elektrik daripada seorang pelanggan. Kenaikan tarif elektrik semalam tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik TNB.


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok dalam pelan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, tarif baru itu tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan atau jumlah bil bulanan tidak melebihi RM77.

Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Mereka berkata, kenaikan sebanyak 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU.

Bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: