|
|
LANGKAWI - Cable Car Langkawi menawarkan caj separuh harga untuk rakyat tempatan bagi tempoh dua jam setiap hari sepanjang cuti sekolah ini.
Ketua Khidmat Pelanggan Cable Car, Wildan Sober berkata, promosi separuh harga itu ditawarkan dari pukul 5 petang hingga 7 malam.
"Harga biasa dikenakan RM30 untuk dewasa manakala kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun sebanyak RM20," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Perkhidmatan kereta kabel yang merangkumi jarak 2.2 km itu beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 7 malam setiap hari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: