Tuesday, May 31, 2011

Lagi dakwaan rasuah melibatkan pegawai FIFA


Jack Warner (kiri) dan Mohamed Hammam telah digantung daripada FIFA berikutan tuduhan rasuah.


ZURICH - Satu e-mel bocor mendakwa Qatar ada membeli hak untuk menjadi hos Piala Dunia 2022. E-mel yang didedahkan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jack Warner itu mendakwa Presiden Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hamam ada membuat perjanjian supaya negara teluk tersebut terpilih untuk menjadi hos Piala Dunia.

E-mel itu dihantar oleh Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke yang mengesahkan bahawa isi kandungannya adalah tulen. Menurut satu kenyataan Warner, Valke menghantar e-mel tersebut kepadanya untuk memberitahu, Hammam 'membeli' Piala Dunia 2022 bagi negaranya, Qatar.

Pendedahan terbaru itu pastinya akan membawa kepada undian yang terpaksa dilakukan semula berikutan timbulnya tuduhan rasuah yang baru.

Sebelum ini, timbul banyak persoalan bagaimana sebuah negara kecil dengan suhu mencecah 50 darjah selsius boleh memenangi hak untuk menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Kelmarin, Presiden FIFA, Sepp Blatter dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Sementara Warner dan Hammam pula digantung daripada bertanding jawatan presiden dan apa jua aktiviti membabitkan FIFA.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: