|
|
SERAMAI enam wartawan dari Malaysia berpeluang ke Institut Clear Paris di Shanghai untuk sama-sama melihat sendiri kajian tentang kuasa nutrisi kulit kepala.
Ketibaan kumpulan media Malaysia yang diketuai Pengurus Jenama Clear Malaysia, Lim Wee Kee disambut oleh cuaca yang amat indah pada petang 11 April lalu.
Selain keindahan sinar mentari, peluang menjejakkan kaki di lapangan terbang itu sesungguhnya memberikan kami pengalaman yang menakjubkan. Bayangkan, keluasan dan panjang terminal-terminal lapangan terbang ini membuatkan anda tidak nampak penghujungnya.
Selama empat hari berada di Shanghai, penulis dan rakan-rakan media turut diberi masa menerokai keistimewaan dan keindahan Shanghai apabila dibawa bersiar-siar bersama media dari Singapura, India dan Indonesia.
Pada tahun ini, Clear dengan kerjasama Akademi Dermatologi Kosmetik Antarabangsa (IACD) memperkenalkan teknologi nutrisi kulit kelapa terbaru iaitu Nutrium 10.
Justeru itu, media dibawa melawat Institut Penyelidikan Clear Paris untuk melihat lebih dekat bagaimana Nutrium 10 berfungsi mengawal kelemumur kepala.
Pada hari kedua berada di Shanghai, jadual kami sangat padat apabila media dari seluruh dunia menyaksikan secara eksklusif kemudahan institut ini dan pelancaran formula baru syampu Clear.
Bermula daripada proses uji kaji hingga proses pembungkusan, Clear telah mencipta satu inovatif syampu baru untuk merawat kelemumur.
Sosiobudaya Shanghai
Dalam pada itu, Shanghai merupakan metropolitan moden yang mempunyai pemandangan sosiobudaya dan sejarahnya cukup bersejarah.
Watertown Zhujiajiao menjadi stesen pertama kunjungan kumpulan media yang ditaja Unilever. Melihat kebudayaan tradisional masyarakat China memang mengkagumkan.
Persisiran sungai di Watertown Zhujiajiao menyaksikan masyarakat China gigih menjalankan perniagaan pelbagai jenis barangan seperti baju, cenderamata dan makanan.
Terdapat sebuah muzium yang memaparkan aktiviti masyarakat lama orang China.
Seperti sebuah siri drama Cina lama, pengunjung dapat melihat sebuah rumah lama yang penuh dengan adat-istiadat. Misalnya tempat kaum lelaki dan wanita berkumpul sambil minum teh atau bersembang. Tidak ketinggalan, kita dapat menyaksikan bagaimana kehidupan masyarakat China yang menjalankan aktiviti pertanian. Di satu sudut, pentas opera disediakan yang amat sinonim dengan seni persembahan masyarakat China. Jika masa kanak-kanak dahulu, penulis dapat menonton persembahan opera China di Malaysia tetapi kini penulis menyaksikan sejarah opera di negara China.
Sebaik sahaja selesai melihat latar belakang kehidupan masyarakat China, rombongan dibawa menyusuri sungai Watertown Zhujiajiao dengan perahu. Penambang perahu seakan sudah biasa dengan pekerjaan ini tanpa keluhan rasa penat.
Kesempatan berada di perkampungan yang telah wujud beratus tahun dahulu selama sejam, kami mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti membeli-belah. Berbeza dengan harga di kota Shanghai, di sini lebih murah dan boleh tawar-menawar.
Lokasi romantik
Dua jam kemudian, rombongan kami di bawa menyusuri sungai Huangpu dari lokasi yang diberi nama Bund dan menaiki kapal persiaran mewah. Sambil berehat dan bersantai-santai, pengunjung dapat melihat bangunan pencakar langit dan pembangunan Shanghai. Lapangan yang menggabungkan ciri-ciri budaya tradisi China dan Eropah ini merupakan satu tempat yang mewakili dan menjadi lambang bagi budaya romantik dan unik yang hanya dipunyai oleh Shanghai.
Kawasan ini dikenali sebagai gambaran sisi Bandar Shanghai. Pemandangan pada waktu senja di sini paling mempesonakan. Ramai orang muda yang datang ke sini untuk bertemu dengan kekasih mereka. Ini menjadikan suasana di sini amat romantik. Pada waktu malam pula, lampu hiasan akan dinyalakan. Kita dapat menikmati pemandangan malam yang indah, dengan Menara Televisyen Mutiara Timur yang merupakan mercu tanda Shanghai, dan Bangunan Jinmao bersama-sama menjadikan pemandangan Bund dan sungai Huangpu semakin megah.
Digelar kota fesyen
Selain pusat kewangan, Shanghai digelar syurga makan, dan membeli-belah. Bahkan fesyen menjadi tarikan utama di kota ini. Pada musim ini, koleksi musim sejuk pelbagai peringkat umur antara yang popular.
Setiap rekaan keluar dengan idea yang menarik seperti warna-warna ceria.
Jadi, jika anda berpeluang melancong ke Shanghai, pastikan anda sempat bersiar-siar di jalan Shanghai dan menikmati kegembiraan membeli-belah.
Jalan Nanjing yang sibuk ini dikenali "Jalan perniagaan pertama di China". Jalan ini mempunyai plaza beli-belah yang besar-besar, kedai makanan dan perubatan yang sejarahnya lebih daripada Watertown Zhujiajiao.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: