|
|
LONDON 30 Mei - Bekas ratu cantik dan model, Imogen Thomas menafikan dia kembali bercinta dengan pemain bola sepak England, Jermain Defoe, menerusi laman Twitter.
Bintang Big Brother kelahiran Wales ini menghantar Twitter menafikan khabar angin itu ketika dia sedang menikmati rawatan di sebuah spa mewah Champney.
"Sudah pasti saya tidak berada di Champney bersama Jermain Defoe. Saya di sini seorang diri dan tidak berjumpa dengannya.
"Saya tidak bersedia untuk mempunyai lelaki baru dalam hidup saya. Pastinya bukan dengan bekas kekasih," katanya menerusi laman Twitter.
Imogen dan penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur berusia 28 tahun itu bercinta pada 2009 tetapi Imogen mendakwa mereka tidak berhubung sejak beberapa bulan lalu.
Bekas ratu cantik Wales ini dilihat meninggalkan rumahnya di North London pada Sabtu lalu dan menuju ke spa tersebut.
Si cantik berusia 28 tahun itu sebelum ini dikatakan mahu meninggalkan bandar itu buat sementara kerana risau peminat fanatik bola sepak akan menyerang rumahnya jika Manchester United kalah dengan Barcelona dalam perlawanan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Sabtu lalu.
Imogen risau dengan tindakan peminat fanatik bola sepak selepas pendedahan hubungan sulitnya dengan pemain bola sepak Manchester United, Ryan Giggs.
Sebelum ini, dia ada mendapat mesej ugutan daripada peminat fanatik Giggs menerusi Twitter untuk membunuhnya serta ahli keluarganya akibat pendedahan skandal itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: