Tuesday, May 31, 2011

Obama tidak akan pinggirkan mangsa


OBAMA berbual dengan beberapa orang mangsa puting beliung ketika melawat mereka di Joplin, Missouri AS.


JOPLIN, Missouri - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berjanji kepada penduduk di sini bahawa beliau akan bersama mereka 'sehingga ke akhirnya' ketika memberi penghormatan terakhir kepada sejumlah mangsa puting beliung.

"Kami tidak akan ke mana-mana. Kami akan bersama anda hingga ke akhirnya," kata Obama dalam majlis berkenaan di Universiti Negeri Selatan Missouri pada Ahad lalu.

Puting beliung dahsyat yang membunuh 142 orang di bandar yang dihuni oleh 50,000 penduduk itu disifatkan antara yang paling buruk pernah melanda AS.

Beberapa pegawai kelmarin berkata, sekurang-kurangnya 43 orang masih hilang. Angka itu berkurangan daripada senarai 232 mangsa hilang yang disiarkan pada 26 Mei lalu.

Konvoi Obama melintasi beberapa kawasan yang mengalami kemusnahan paling teruk akibat dilanda angin selaju 300 kilometer itu.

Usaha menyelamat diteruskan dengan petugas-petugas bekerja 24 jam sehari untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hilang dan mengenal pasti identiti mereka yang terbunuh.

Lebih 8,000 infrastruktur termasuk sebuah kawasan komersial utama rosak teruk apabila angin puting beliung itu melanda dengan amaran dikeluarkan cuma 24 minit sebelum ia tiba.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: