Wednesday, May 18, 2011
Tingkat rangkaian 4G Wimax/TD-LTE
Syarikat peneraju telekomunikasi Korea, SK Telecom (SKT) dan Green Packet Berhad, pemegang saham terbesar di Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd melaburkan sejumlah RM206.1 juta bagi menyokong meluaskan rangkaian 4G Wimax/ TD-LTE.
Pelaburan RM50.5 juta dari SKT dan RM151.1 juta dari Green Packet Berhad.
Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai berkata, pihaknya melabur melalui tiga cabang utama.
“Pelaburan dengan menyediakan pertumbuhan eksponen data, memenuhi keperluan pelanggan dalam mendapatkan perkhidmatan jalur lebar 4G lebih baik dan menyokong strategik kerajaan meluaskan rangkaian mobil kelas dunia dan perkhidmatan wayarles ke seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada Jun tahun lalu, SKT melaburkan USD100 juta kepada P1 sekali gus menjadikannya pemegang sahan kedua terbesar selepas Green Packet. Setelah menyempurnakan pelaburan tambahan ini, SKT akan memegang 25.97 peratus saham di P1 sementara Green Packet dengan 59.36 peratus.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Green Packet, Puan Chan Cheong berkata, Green Packet adalah syarikat pertama menyediakan perkhidmatan 4G di Malaysia dan Asia Tenggara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: