Wednesday, May 18, 2011

Menu baru Popeyes lebih jimat



Penggemar Popeyes Louisiana Kitchen (Popeyes) disajikan lagi dengan menu terbaru, Sticky Wicked Chicken yang mempunyai keunikan rasa adunan sos baru pada ayam tanpa tulang menu tersebut.

Sticky Wicked Chicken diperap sekurang-kurangnya 12 jam dalam perasa tulen Lousiana, dengan jalur nipis yang lembut terdapat pada daging ayamnya, disalut dengan serbuk roti dan kemudian di campur dengan sos istimewa manis dan berempah.

Pengarah Pemasaran Popeyes Louisiana Kitchen Malaysia, Jason Lim berkata, pada tahun lalu, menu baru tersebut dapat diterima baik di kalangan pelanggan mereka di peringkat global.

“Oleh itu, kami amat gembira dapat membawa menu Sticky Wicked Chicken ke Malaysia. Kami ingin penggemar Popeyes di Malaysia turut :merasai pengalaman menu yang ditawarkan pada masa terhad ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Popeyes Louisiana Kitchen di Malaysia turut meraikan hidangan Sticky Wicked Chicken dengan menawarkan promosi ‘Meal for 2’ kepada pelanggan, di mana mereka boleh jimat sehingga 30 peratus.

Dengan hanya RM20.60, pelanggan boleh menikmati hidangan sekotak Sticky Wicked Chicken, dua ketul hidangan Bonafide Chicken, tiga ketul hidangan Bonafide Chicken Tenders, dua biskut Popeyes, satu hidangan besar kentang putar atau salad ‘coleslaw’ dan dua minuman teh ais lemon bersaiz biasa.

Sticky Wicked Chicken turut dihidangkan secara ala carte pada harga RM4.95.

Menu baru itu boleh didapati di cawangan Popeyes sekitar Lembah Klang yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Sunway Pyramid, Mid Valley, Wangsa Walk, e@Curve, The Mines Shopping Fair dan Jalan Yap Kwan Seng.Premis dibuka dari jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam. Setakat ini, Popeyes Louisiana Kitchen Malaysia mempunyai sembilan cawangan di sekitar Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: