|
|
Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) menawarkan tiket penerbangan tetap dari Kuala Lumpur ke Melbourne.
MAS menyediakan penerbangan tersebut dua kali sehari atau 14 kali seminggu ke ibu kota paling ramai penduduk dalam Victoria dan bandar raya kedua paling padat di Australia selepas Sydney.
Malah di lokasi berkenaan, Victoria High Country menyediakan tujuh medan salji termasuk Mount Buller, Mount Hotham dan Falls Creek yang juga menyediakan pelbagai tempat penginapan dan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Para pengunjung bakal merasai keseronokan berada di sebalik lereng-lereng pergunungan bersalji seperti yang terdapat di Resort Victoria's Alpine.
Ia terletak di bahagian timur laut Melbourne dan sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk bermain ski, merentas desa dan mendaki bukit buat pasangan baru, keluarga dan kumpulan yang ingin mencari satu kelainan yang sudah tentu tidak akan dilupai.
Jika anda berpeluang mengunjunginya, apa kata luahkan masa di Mount Hotham, Mount Buller dan Falls Creek.
Ketiga-tiga lokasi itu merupakan tempat peranginan ski yang mudah untuk dikunjungi dan hanya memakan masa selama tiga jam memandu dari Melbourne.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: