Saturday, May 7, 2011

Satu lagi Pusat Pameran Volkswagen


BILIK pameran terbaru Volkswagen yang menepati standard global kini beroperasi di Sungai Besi, Kuala Lumpur.


VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn. Bhd. (Volkswagen Malaysia) mengumumkan pembukaan bilik pameran terbaru yang menepati standard global di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Terletak bersebelahan pusat servis dan alat ganti Volkswagen, premis tersebut dijangka menawarkan pengalaman pembelian premium kepada pelanggan dan menjadi sebahagian daripada strategi pengembangan syarikat tersebut. Model-model terbaru akan ditempatkan di bilik pameran itu.

Pengarah Jualan Volkswagen Malaysia, Daniel Tan berkata, kesedaran terhadap jenama Volkswagen semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Faktor pendorongnya bukan sekadar tawaran pelbagai barisan produk menarik, malah berkait rapat dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pengedar mereka.

Pusat Pameran Volkswagen Sungai Besi dikendali oleh Wearnes Automotive Sdn. Bhd. (Wearnes Automotive). Ia merupakan premis ketiga buat Wearnes Automotive selepas cawangan di Ampang dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, Volkswagen Malaysia sudah mempunyai sebanyak 10 pusat pameran dan 12 pusat servis di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengurus Besar Wearnes Automotive, Jack Zaal. Menurut Jack, dengan adanya premis itu, ia memberikan satu platform baru kepada pihaknya untuk meningkatkan penanda aras dalam aspek kecemerlangan peruncitan automobil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: