Saturday, May 28, 2011

Rolls-Royce kini di PJ


BILIK pameran Rolls Royce menjanjikan pengalaman pembelian yang terbaik buat semua pelanggannya.


ROLLS-ROYCE Motor Cars baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran pertama jenama kenderaan mewah itu di Petaling Jaya, Selangor. Dikenali sebagai Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, premis dengan keluasan 224 meter persegi itu kini memperagakan tiga model Rolls-Royce dan sebuah ruang menunggu bagi pelanggan.

Premis tersebut dikendalikan oleh Quill Motorcars Sdn. Bhd. (Quill Motorcars) iaitu rakan penjual sah Rolls-Royce Motor Cars.

Pengarah Rantau Asia Pasifik, Rolls-Royce Motor Cars, Paul Harris berkata, pihaknya akan terus melabur dalam pasaran Malaysia ekoran pertumbuhan ekonomi pesat dan peningkatan permintaan bagi kereta mewah.

Quill Motorcars menyasarkan jualan dua angka kenderaan Rolls-Royce pada tahun ini.

Buat masa ini, terdapat 81 wakil penjual Rolls-Royce di seluruh dunia dan sebanyak 18 buah bilik pameran Rolls-Royce Motor Cars di rantau Asia Pasifik.

Menurut Pengarah Urusan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Datuk Michael Ong, pelancaran bilik pameran tersebut menjadi mercu tanda penting bagi pihaknya untuk membina perniagaan Rolls-Royce di Malaysia.

“Bermula dengan demonstrasi model Phantom dan Ghost kepada membantu pelanggan menyesuaikan material pada kereta yang ditempah khas, kami bersedia untuk memastikan semua pelanggan Rolls-Royce menikmati pengalaman pemilikan yang terbaik.

Selain itu, bengkel dan gudang penyimpanan alat ganti milik Quill Motorcars dilengkapi teknologi terkini untuk menyelenggara model Rolls-Royce. Ia mendapat sokongan penuh kilang Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex, England.

Bilik pameran Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur boleh dihubungi di talian 03-7960 2333.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: