Sunday, May 29, 2011

Quantum Trac tingkat produktiviti



Quantum Trac, sebuah sistem pengesan dan pengurusan rangkaian kenderaan keluaran Tech Innovasi dan rakan kongsinya Sarawak Information System Sdn Bhd, mempunyai ciri menyeluruh mampu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti keselamatan.

Produk direka 100 peratus dan dihasilkan oleh sebuah syarikat Malaysia ini, menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan rangkaian komunikasi mudah alih GSM/ GPRS untuk menentukan secara tepat kedudukan sesebuah kenderaan untuk mengumpul data mengenainya.

Maklumat dapat dikumpul oleh sistem ini sangat penting dan dapat memberi penjimatan wang kepada syarikat.

Sistem pengesan masa nyata berkuasa tinggi yang menggunakan maklumat berasaskan web mesra pengguna akan menghasilkan laporan yang menganalisis pergerakan rangkaian kenderaan dan para pekerja.

Antara maklumat dikumpulkan termasuk jarak perjalanan, kenderaan berhenti, penggunaan brek mengejut atau kecemasan dan peningkatan kelajuan berlebihan.

Quantum Trac, juga dapat membantu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di samping dapat mengenal pasti punca terjadinya sesuatu kemalangan.

Bagi mereka yang terlibat dengan operasi perusahaan kenderaan, Quantum Trac membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi, meningkatkan khidmat pelanggan, memantau bahan bakar, dan memantau prestasi pemandu, serta mampu memastikan tahap keselamatan dan perlindungan lebih baik.

Tech Innovasi yakin alat itu adalah sebahagian usaha dan sumbangannya dalam membantu usaha murni kerajaan Malaysia untuk kempen keselamatan jalan raya.

Sementara itu Sarawak Information System Sdn Bhd, diperkukuhkan dengan 500 orang tenaga kerja terlatih yang mempunyai banyak pengalaman dan rekod prestasi yang baik yang terbukti dalam pembangunan dan penyebaran ICT di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Manakala, Tech Innovasi Sdn Bhd, yang mempunyai pengiktirafan status Bumiputera dari Kementerian Kewangan komited dalam memberikan perkhidmatan yang menawarkan penyelesaian ICT yang inovatif, untuk sektor awam dan swasta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: