
Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) berhasrat mencapai perolehan, RM1 juta bagi setahun akan datang disemua cawangan seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Radha Krishnan berkata, syarikat telah membuka cawangan FBT Sports di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur Mei lalu dan akan membuka lagi satu cawangan di Kota Kinabalu November tahun ini.
Menurutnya, UFL bakal membuka cawangan pada tahun depan di Pulau Pinang dan Johor Baharu.
“Biarpun cawangan pertama FBT Sports di Kompleks Pertama baru beroperasi tiga minggu lalu, syarikat telah mendapat perolehan jualan hampir RM100,000.
“Justeru itu, kami yakin dapat sasar perolehan sekurang-kurangnya RM800,000 sehingga RM1 juta untuk cawangan sedia ada dan akan datang,” katanya semasa pelancaran cawangan FBT Sports di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Presiden Football Thai Factory Sporting Goods Co. Ltd (FBT), Kamol Chokephaibulkit dan Pengarah Eksekutif UFL, Datuk Malek Noor.
Radha Krishnan berkata, pihaknya memperuntukkan RM500,000 untuk membuka satu cawangan FBT Sports.
Menurutnya, jalinan usaha sama antara UFL dan FBT dijangka dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan industri sukan tanah air.
ipoh ader jual x baju fbt nie..dekat mne kedai ye...bleh bg tau ..
ReplyDelete