
PUTRAJAYA - Dua atlet kebangsaan menjadikan larian Standard Chartered 5KM Fun Run sebagai acara 'pemanas badan' sebelum temasya Sukan SEA di Palembang, Indonesia pada November depan.
Kedua-dua atlet berusia 25 tahun itu ialah Noor Amelia Musa dan Mohd. Jiruni Riduan.
Noor Amelia berkata, penyertaan pada larian tersebut bertujuan menguji tahap prestasinya.
Dia mengaku begitu teruja apabila berjaya memecahkan rekod peribadinya bagi jarak lima kilometer dengan catatan 20 minit iaitu seminit lebih pantas berbanding pencapaian terbaiknya sebelum ini.
"Meskipun jarak masa tidak terlalu jauh, ia tetap memberikan semangat kepada saya," katanya selepas majlis penyampaian hadiah di sini semalam.
Mohd. Jiruni pula berkata, meskipun larian itu bersifat acara sampingan, ia masih mendapat saingan sengit daripada beberapa pelari berpengalaman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: