Sunday, May 1, 2011

Putus cinta kerana...

RAMAI yang tertanya-tanya apabila mendengar perkhabaran mengenai kekecewaan yang ditanggung oleh Marsha Milan Londoh gara-gara hubungan cinta yang terputus di tengah jalan.

Padahal, baru sahaja dia membuat pengakuan kepada dunia bahawa hatinya sudah dimiliki seseorang dan sedang bahagia menjalani kehidupan sebagai sepasang kekasih.

Ingatkan dapatlah merasa nasi minyak Marsha tak lama lagi.

Iyalah, dia pun sudah menguar-uarkan niat hatinya untuk segera menamatkan zaman solo dengan jejaka yang identitinya dirahsiakan itu.

Tiba-tiba sampai pula berita mengenai perpisahan mereka selepas hampir dua tahun berkongsi hati menjalinkan rasa cinta.

Pelik juga sedangkan ada yang mendakwa, mereka cukup serasi bersama. Ada yang curangkah? Opss..tak baik pula tabur fitnah.

Lebih baik soalan itu ditanya sendiri kepada empunya diri ini yang difahamkan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Dunia Kita.

Kepada Pancaindera, bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) ini meluahkan rasa hatinya mengenai punca di sebalik cinta tak jadi mereka itu.

Kenapa suara Marsha lain benar ni? Macam orang tengah menangis saja, sakit ke?

Oh tak adalah...Marsha cuma tak sihat saja. Tekak sakit campur pula dengan masalah sinus,memang inilah hasilnya. Tapi ini pun sudah elok sikit. Sebelum ini lagi teruk. Nak bercakap pun susah.

Oh ingatkan Marsha masih lagi menangis. Maklumlah orang sedang lara hati sebab putus cinta. Tak begitu?

Dari mana dapat cerita ni?

Tak perlulah ditanya. Tapi alang-

alang dah berborak ni, ceritalah apa sebenarnya yang berlaku sampai Marsha dan si dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan.

Kalau ikutkan, Marsha dah malas nak bercerita pasal hal ini.

Cerita putus cinta tu, betul ke tak? Jawab sajalah.

Ya. Memang betul kami dah putus. Lebih kurang sebulan yang lalu. Sebelum ini pun pernah kami beberapa kali putus dalam tempoh dua tahun itu. Tetapi kali ini boleh dikatakan ia rasmi.

Orang cantik macam Marsha pun kena tinggal juga?

Saya sebenarnya tak mahu memanjangkan perkara ini, sesiapa saja boleh terkena.

Betul ke kekasih Marsha curang?

Bukan soal ada orang ketiga atau tidak. Siapa yang mahu hubungan yang terjalin akhirnya hilang begitu saja bukan? Apa yang saya boleh katakan, mungkin ini adalah jalan terbaik.

Memang betul siapa yang mahu benda begini terjadi, tetapi rasanya tak salah pun kalau Marsha kongsikan dengan semua mengenai punca perpisahan kamu dan dia.

Sebenarnya, di antara kami masing-

masing punya masalah sendiri. Boleh dikatakan, ia berpunca daripada persekitaran. Saya tak berani cakap mengenai ada orang ketiga atau apa. Cukuplah saya katakan, mungkin ada orang yang dengki dengan hubungan kami.

Maknanya betul lah bekas teman lelaki Marsha tu yang buat perangai?

Tidak. Jangan salah faham. Saya tak pernah anggap dia mengkhianati hubungan kami. Pada saya dia orang yang baik. Malah, walau dah tak bersama lagi pun, kami masih berhubung. Sekali lagi saya tekankan, ia disebabkan orang-orang di sekeliling kami. Itu sahaja. Mungkin ada yang tak suka kami bersama.

Dulu, masa dengan Kefli AF3 pun tak menjadi juga, sekarang pun gagal lagi. Agaknya sebelum ini suka menyorok, itu yang tak menjadi tu...

Bagi saya, sorok cinta itu hak masing-masing. Saya tahu lambat laun orang akan dapat hidu juga. Tapi ada sebab kenapa saya lebih suka diamkan mengenai soal cinta. Bagi yang tahu biarlah mereka tahu. Yang tak tahu, lambat laun mereka akan tahu juga. Saya tak mahu membesar-besarkan hal ini.

Jadi, sekarang Marsha rasa tak bercinta dengan si dia macam membuang masa atau menyesal?

Ada banyak perkara lain yang boleh saya fikirkan berbanding nak fikir soal menyesal. Sedih memang ada. Iyalah..macam kita mula membuka muka surat baru dalam kamus hidup. Walau apa pun, saya sedang cuba melangkah dan membina hidup baru perlahan-lahan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Yang penting, saya terima dugaan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: