Thursday, May 5, 2011

Prudential sasar jualan RM100 juta untuk dana baru

Prudential Fund Management Berhad, Malaysia (PFMB), membuka dana terbaru untuk jualan berjumlah 200 juta unit dan ditawarkan pada harga 50 sen seunit dengan pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Cheah berkata, Dana Ekuiti Indonesia (Prudential) memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada ekuiti Indonesia.

“Sejak kebelakangan ini, Indonesia menjadi tumpuan pelabur antarabangsa. Ini mungkin kerana negara tersebut mempunyai pertumbuhan ekonomi kukuh disamping keluaran dalam negeri kasar (GDP) hampir berganda sejak lima tahun lalu.

“Ini adalah antara penyebab kami memilih Indonesia sebagai pelancaran dana terbaru,” katanya ketika Majlis Pelancaran Dana Ekuiti Indonesia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Lynn, syarikat turut menyasarkan jualan dana sebanyak RM100 juta menjelang hujung tahun.

“Sejak dilancarkan pada 27 April lalu, sambutan sangat menggalakkan, lebih suku daripadanya iaitu RM25 juta terjual dan ia berkemungkinan akan melebihi sasaran awal.

“Kami optimis untuk: menjual dana ini sepenuhnya dalam tempoh enam hingga lapan bulan,” katanya.

Dana Ekuiti Indonesia ini memerlukan pulangan jangka panjang maksimum melalui dana sasaran yang pelaburan terutamanya dalam ekuiti dan sekuriti berkaitan syarikat yang diperbadankan, tersenarai atau mempunyai bidang aktiviti utama di Indonesia.

Lynn berkata, dana tersebut akan menumpukan kepada syarikat terlibat dalam komoditi dan sumber tenaga seperti arang batu, permintaan peningkatan terhadap sumber inii dirangsang oleh perkembangan perindustrian di negara-negara baru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: